PROGRAM |
Kelas Membuat Resume |
TARIKH |
08 Mac 2019 |
MASA |
3.30 - 4.30 ptg |
LOKASI |
Pusat Internet (PI) Kg Cherating |
PESERTA |
2 Orang |
Tujuan
Kelas ini disertai oleh 2 orang peserta. Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai cara penulisan resume yang betul untuk permohonan pekerjaan yang diinginkan.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan memberi penerangan mengenai butiran peribadi yang lengkap (resume) termasuk pengalaman kerja, kemahiran @ bakat, Salinan sijil dan gambar untuk memohon pekerjaan dan kompenan penting yang perlu ada dalam penulisan resume. Seterusnya, petugas memberi penerangan dengan lebih terperinci mengenai jenis-jenisresume beserta contoh termasuklah resume asas, kronologi, fungsian dan sasaran. Akhir sekali, peserta diminta untuk menyiapkan satu resume yang lengkap dalam perisian Microsoft Word .