Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) mengucapkan Selamat Datang dan Terima Kasih kepada anda yang sudi melawat laman web kami. Pusat Internet Malaysia merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd . Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat.
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) mula ditubuhkan pada tahun 2018. Tempat yang dahulunya sebuah tanah kosong bersebelahan bangunan KAFA Ar Rahman Cherating ini telah dipersetujui oleh ahli JPKK Kampung Cherating untuk dibangunkan menjadi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) . Hal ini sedikit sebanyak dapat memberi kesan yang positif kepada komuniti setempat serta masyarakat sekitarnya.
OBJEKTIF NADI |
- Memberi pendedahan berkaitan ICT.
- Merapatkan jurang digital di kawasan luar bandar.
- Mendidik masyarakat menggunakan komputer dan internet.
- Menyemai rasa yakin masyarakat/ahli yang tidak pernah menggunakan komputer/internet.
- Menganjurkan bengkel-bengkel khas untuk manfaat tambahan kepada ahli PI seperti bengkel pembangunan blog dan bengkel mencipta laman web.
- Mempelbagaikan program untuk ahli bagi menyahut seruan kerajaan untuk Multimedia Super Corridor(MSC).
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN : |
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli.
Antara latihan yang disediakan ialah :
|
|
|
|
|
AKTIVITI AHLI NADI |
Aktiviti-aktiviti yang dirancang adalah seperti berikut :
v Kelas Asas Komputer
- NADI akan menganjurkan kelas asas penggunaan komputer secara percuma kepada ahli - ahli yang berminat untuk menyertai.
v Bengkel membangunkan blog Kelas Asas Komputer
- Bengkel ini akan disertai oleh ahli-ahli dewasa. NADI akan menganjurkan kelas asas penggunaan komputer secara percuma kepada ahli - ahli yang berminat untuk menyertai.
v Bengkel movie maker
- Bengkel ini mendedahkan masyarakat tentang pembuatan klip video gambar.
v Ruangan aktiviti NADI
- Bagi memberi maklumat kepada ahli NADI tentang program-program yang telah, sedang dan akan dilaksanakan.
v Bengkel kesedaran
- Diadakan untuk tujuan memberi kesedaran dan mendedahkan kepentingan ICT terhadap kehidupan harian.
v Penerapan Nilai Murni
- Menerapkan nilai-nilai murni seperti membaca melalui latihan menaip buku-buku tauladan bagi kanak-kanak 6 hingga 8 tahun.
JUMLAH KEAHLIAN |
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2018. Ramai telah mendaftar diri dengan NADI bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah :
AHLI LAMA |
868 |
AHLI BARU BULAN JULAI 2024 |
10 |
KESELURUHAN PADA JULAI 2024 |
878 |
KENALI PETUGAS NADI : |
Untuk menjadi petugas NADI, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas NADI Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami
PENGURUS
Nama : Nur Aisyah Binti Mohd Noor
Mula berkhidmat : 09 Disember 2020
Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial Dengan Kepujian (Sains Politik)
PENOLONG PENGURUS
Nama : Nur Nabihah Binti Abdul Razak
Mula berkhidmat : 2 Mei 2018
Kelulusan : Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)
WAKTU OPERASI |
Dibuka SETIAP HARI kecuali CUTI UMUM
BUKA 09:00 am - 06:00 pm
Rehat 01:00 pm - 02:00 pm
Jumaat 12:30 pm - 02.30 pm