WhatsApp-Image-2022-03-11-at-1.07.03-PM

 

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi)  mengucapkan Selamat Datang dan Terima Kasih kepada anda yang sudi melawat laman web kami. Pusat Internet Malaysia merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. 

try-1

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) mula ditubuhkan pada tahun 2018. Tempat yang dahulunya sebuah tanah kosong bersebelahan bangunan KAFA Ar Rahman Cherating  ini telah dipersetujui oleh ahli JPKK Kampung Cherating untuk dibangunkan menjadi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) . Hal ini sedikit sebanyak dapat memberi kesan yang positif kepada komuniti setempat  serta masyarakat sekitarnya. 

 

 

OBJEKTIF PEDi 

  

-  Memberi pendedahan berkaitan ICT.

-  Merapatkan jurang digital di kawasan luar bandar.

-  Mendidik masyarakat menggunakan komputer dan internet.

-  Menyemai rasa yakin masyarakat/ahli yang tidak pernah menggunakan komputer/internet.

-  Menganjurkan bengkel-bengkel khas untuk manfaat tambahan kepada ahli PI seperti bengkel pembangunan blog dan bengkel mencipta laman web.

-  Mempelbagaikan program untuk ahli bagi menyahut seruan kerajaan untuk Multimedia Super Corridor(MSC).

 

 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN : 

 

PEDi menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli.

Antara latihan yang disediakan ialah :

 
  • Pengenalan asas komputer
  • Asas internet
  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
  • Latihan keusahawanan

 

 AKTIVITI AHLI PEDi


Aktiviti-aktiviti yang dirancang adalah seperti berikut :

v  Kelas Asas Komputer
PEDi akan menganjurkan kelas asas penggunaan komputer secara percuma kepada ahli - ahli yang berminat untuk menyertai.

 

v  Bengkel membangunkan blog Kelas Asas Komputer 
Bengkel ini akan disertai oleh ahli-ahli dewasa. PEDi akan menganjurkan kelas asas penggunaan komputer secara percuma kepada ahli - ahli yang berminat untuk menyertai.

 

v  Bengkel movie maker

 - Bengkel ini mendedahkan  masyarakat tentang pembuatan klip video gambar.

 

v  Ruangan aktiviti PEDi
- Bagi memberi maklumat kepada ahli PEDi tentang program-program yang telah, sedang dan akan dilaksanankan.

 

v  Bengkel kesedaran
- Diadakan untuk tujuan memberi kesedaran dan mendedahkan kepentingan ICT terhadap kehidupan harian.

 

v  Penerapan Nilai Murni
- Menerapkan nilai-nilai murni seperti membaca melalui latihan menaip buku-buku tauladan bagi kanak-kanak 6 hingga 8 tahun.

 

 JUMLAH KEAHLIAN 

 

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi)  telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2018. Ramai telah mendaftar diri dengan PEDi bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah :

 

  AHLI LAMA

817

               AHLI BARU BULAN JULAI 2023

5

 KESELURUHAN PADA  JULAI 2023

822

 

 

 

 KENALI PETUGAS PEDi : 

 

Untuk menjadi petugas PEDi, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas PedI. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami petugas PEDi

 

 

 

                                               AISYAH                                          

PENGURUS 

Nama : Nur Aisyah Binti Mohd Noor

Mula berkhidmat : 09 Disember 2020

Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial Dengan Kepujian (Sains Politik)

 

 

beeha

PENOLONG PENGURUS

Nama : Nur Nabihah Binti Abdul Razak

Mula berkhidmat : 2 Mei 2018

Kelulusan : Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)

WAKTU OPERASI 

  

 

Dibuka SETIAP HARI kecuali CUTI UMUM 

 

BUKA 09:00 am - 06:00 pm

 

Rehat 01:00 pm - 02:00 pm

 

Jumaat 12:30 pm - 02.30 pm