Peta-tempat-menarik-di-pahang

 

SEJARAH NEGERI PAHANG

Sejarah negeri pahang bermula sebelum didirikan kerajaan melayu melaka, wilayah bahagian selatan semenanjung tanah melayu semuanya termasuk dalam kawasan kerajaan pahang. Orang jawa majapahit zaman dahulu menyebut semenanjung tanah melayu sebagai pahang sahaja. Pada awal kurun masihi ke 16, pada permulaan terdirinya kerajaan melayu johor, sempadan negeri pahang , disebelahnya sampai ke sedili besar dan di utara sampai ke terengganu, sempadan ke baratnya pula sampai ke rembau, selangor dan perak. Negeri pahang sekarang ini disebelah utara dan baratnya dilingkungi oleh banjaran gunung dan sebelah timurnya terbentang laut china selatan.

Negeri pahang ialah sebuah negeri yang terbesar di semenanjung tanah melayu dengan keluasan 35,515 kilometer persegi. Kemasyuran dan kehebatan namanya pada masa dahulu menjadi rebutan kerajaan yang ada disekelilingnya. Pada masa ini pahang adalah negeri di semenanjung dengan terbahagi kepada 11 buah daerah iaitu kuantan, pekan, rompin, maran, temerloh, jerantut, bentong, raub, lipis, cameron highlands dan bera. Manakala penduduknya pula terdiri daripada berbagai kaum, bangsa dan agama.

 

petapahang

 

ASAL USUL NAMA NEGERI PAHANG

Pada zaman dahulu negeri pahang mempunyai berbagai nama. Pengarang china menyebutnya sebagai pang-hang, peng-heng, pong-fong, phe-hang, pang-kang dan lain-lain. Pada tahun 1225 chao ju-kua telah mengarang sebuah buku bernama chu-fan-chi, beliau menyatakan diantara beberapa buah negeri yang ditakluki di bawah kuasa san-fo-chi ialah negeri yang bernama peng-keng, peng-keng itu ialah negeri pahang darul makmur.

Orang arab dan orang eropah zaman dahulu menyebut pam, pan, phang, paam, pao, paon, phaan, paham, fanhan dan phang da.sealin daripada itu g.r. Tibbetts, seorang ahli sejarah yang mengulas, kisah yang ditulis dengan huruf arab dalam buku karangan mas'udi itu pada pendapat tibbetts ialah pahang. Dia lebih setuju menyebut perkataan fanjab itu sebagai fanhan, panghang atau panhang. Semuanya itu dimaksudkan pahang. Ada sesetengah pendapat menyatakan pahang berasal dari bahasa siam asli ertinya timah. Orang siam asli dulunya mendiami negeri ini dengan membuka lombong bijih timah terutama di sungai lembing.

Mengikut cerita orang-orang tua melayu pula, pada zaman dahulu di sungai pahang iaitu bertentangan dengan kampung kembahang, ada sebatang pokok kayu mahang yang besar rebah melintang menyeberangi sungai itu. Dari pokok mahang itu kononnya berasal nama negeri pahang. Gelaran tua bagi negeri pahang darul makmur itu ialah inderapura, disebut pahang inderapura. Bandar dirajanya terkenal hingga sekarang dan ibu negeri pada zaman dahulu iaitu pekan. Sebelum ditakluk oleh kerajaan melayu melaka ia dikenali sebagai pura.

 

 MAP-Kuantan 1-768x543

 

SEJARAH BANDAR KUANTAN

Kuantan dipercayai telah wujud semenjak awal tahun 1850-an lagi. Kewujudan kuantan pada kurun ke-19 adalah bermula sebagai petempatan. Hal kewujudan kuantan ini telah pun disentuh oleh Abdullah Abdul Kadir Munshi pada tahun 1851/2 seperti berikut:

"hatta pada malam khamis datanglah sebuah perahu kecil dari kuantan. Maka berkhabarlah ia kepada anak-anak perahu mengatakan ada perahu lanun di tanjung tujuh, empat puluh buah dan dipulau kapas pun ada, dan di Pulau Redang pun ada dan; maka telah didapati dua buah perahu orang kuantan dan dua buah lepas lari...."

Pada abad ke-19, pendatang dari sumatera indonesia) dipercayai telah membuka penempatan di tebing sungai kuantan, khususnya di sekitar teruntum yang terletak berdekatan Hospital  Tengku Ampuan Afzan pada hari ini. Terdapat beberapa teori mengenai asal nama "kuantan". Ada yang mengatakan nama tersebut mempunyai kaitan dengan tempat asal pendatang dari sumatera itu, yakni kampung kuantan. Terdapat juga satu tempat bernama kuala kuantan di Negeri Selangor. Ada pula yang mengatakan nama bandar ada hubungan dengan bangsa china, kerana bunyinya yang sedemikian rupa.

Walau apa pun, suatu tempat bernama kuantan telah wujud sebelum tercetusnya perang saudara pahang pada tahun 1858, tatkala dua beradik, wan ahmad dan wan mutahir menentang satu sama lain untuk menguasai negeri tersebut setelah bapa mereka, bendahara ali, iaitu pemerintah pahang, meninggal dunia. Pertelingkahan bermula apabila wan mutahir, yang menggantikan ali sebagai bendahara, telah menidakkan wasiat ali yang menyatakan wan ahmad akan memerintah dua daerah - kuantan, dan jugaendau(pada masa itu sebuah daerah dalam negeri pahang; pada hari ini ia di dalam negeri johor).

Perang saudara itu tamat pada tahun 1863 (walaupun pertelingkahan dalaman antara para pembesar yang telah berpecah-belah berterusan dalam dekad-dekad berikutnya), dengan wan ahmad mencapai kejayaan dan menjadi bendahara pahang yang baru. Beliau kemudiannya menaikkan taraf diri beliau sebagai sultan pahang, justeru mengasaskan susur-galur sultan-sultan dan kerabat diraja yang sedang memayungi negeri. Pada waktu itu, cukai yang dikutip dari lembah sungai kuantan menjadi pendapatan utama pemerintah pahang, justeru ia berkepentingan dari segi ekonomi negeri.

Kerajaan british mula mencerobohi pentadbiran negeri-negeri melayu di sekitar permulaan perang saudara pahang. Pada tahun 1888, british mengambil alih pentadbiran negeri pahang. Kuantan mula diberikan perhatian sebagai pusat perdagangan, khususnya berkaitan aktiviti perlombongan bijih timah di pekan sungai lembing dan gambang berdekatan. Pada masa itu, para peniaga berbangsa cina mendominasi suasana perniagaan dan perdagangan di kuantan.

Pada 30 disember 1942, kuantan telah jatuh ke tangan askarjepunyang menyerang Asia Tenggara semasa perang dunia kedua. Pusat bandar lama iaitu di sepanjang jalan mahkota dan jalan besar masih menempatkan binaan-binaan era sebelum perang dunia kedua, sementara kubu kecil yang dibina dalam menghadapi ancaman jepun boleh dilihat di beberapa lokasi di sekitar kuantan.

Pada 27 ogos 1955, ibu negeri pahang yang asalnya di kuala lipis sepanjang era residensi british telah dipindahkan ke kuantan, dan kepentingan bandar ini dari segi pentadbiran semakin meningkat. Setelah malaya mencapai kemerdekaan pada 31 ogos 1957 (malaysia terbentuk sebagai satu persekutuan dalam tahun 1963), kuantan terus berkembang sebagai pusat komersial dan perusahaan yang penting. Kerajaan negeri dan persekutuan membangunkan kuantan dengan memberikan tumpuan kepada sektor pentadbiran, industri, pertanian dan pelancongan.

Oleh sebab kuantan merupakan sebuah bandar yang "muda" secara relatifnya, ia tidak memiliki banyak budaya tradisi tempatan yang unik, melainkan yang dibawa oleh mereka yang berasal dari luar dan menetap di kuantan, khususnya dari negeri terengganu dan kelantan. Oleh sebab itu, amat mudah untuk mendengar orang ramai di kuantan bercakap dalam loghat terengganu dan kelantan, sementara makanan tradisional dan kegemaran dari kedua-dua negeri itu juga popular di sini. Jauh sedikit dari bandar kuantan sendiri, iaitu ke arah barat dan selatan, barulah budaya tradisi pahang dapat diperhatikan sedikit demi sedikit.

 pahang-fun-map

 

SEJARAH KG CHERATING

Menurut sumber yang dipercayai , pada sekitar tahun 1870-an , ramai warga tempatan dari jajahan cik siti wan kembang telah keluar berhijrah ke negeri-negeri bberhampiran untuk memulakan kehidupan yang baru kesan akibat daripada perang saudara ayng tercetus di negeri tersebut . Akibat desakan kehidupan hasil daripada keadaan yang huru hara dan tidak selamat itu , ramai penduduk negeri kelantan telah membuat keputusan untuk berhijrah demi menjamin keselamatan diri dan keluarga masing-masing . Negeri-negeri jiran khususnya terengganu dan pahang telah menjadi destinasi pilihan mereka untuk mengadu nasib mencuba kehidupan baru mereka .

Di antara mereka yang keluar berhijrah ke negeri pahang ialah encik abdul latif bin awang . Beliau bersama-sama isteri telah keluar berhijarah ke negeri pahang . Setelah menempuh segala rintangan demi mencuba kehidupan yang baru bersama isteri tercinta , akhirnya beliau tiba di negeri tok gajah ini . Kampong sungai karang merupakan destinasi pertama beliau tiba pada ketika itu . Namun begitu ,beliau merasakan bahawa dirinya sebagai pendatang ke tempat itu dan tidak disenangi oleh para penduduk di kawasan itu . Akhirnya ,beliau mengambil keputusan untuk berpatah balik semula keluar dari kampong sungai karang .

Ketika di dalam perjalanan keluar itu , beliau telah singgah di sebuah muara sungai yang terletak di utara negeri pahang . Beliau mendapati dari muara tersebut , sungai disini amat luas , panjang dan mat dalam serta dipenuhi dengan hutan paya bakau di kawasan sekeliling sungai tersebut . Beliau merasakan bahawa kawasan ini amat sesuai untuk dijadikan sebuah penempatan baru bagi dirinya . Alah tegal , bisa biasa . Beliau berserah kepada allah untuk diberkati perjalanan serta keputusan beliau tersebut . Beliau terus menyusuri sungai tersebut untuk meneroka dengan lebih lanjut lagi tentang keadaaan di kawasan baru ini dan mendapati di sekitar sungai ini terdapat nbanyak buaya yang membiak di kawasan paya bakau .

Apabila ranting-ranting kayu bakau tersebut jatuh ke dalam sungai , maka terhasillah bunyi 
“ cherau… cherau … cherau … “ lalu disambar oleh buaya-buaya yang terdapat di kawasan ini . Difaham bahawa encik abdul latif menamakan kawasan ini sebagai cherating adalah kerana hasil daripada gabungan bunyi iaitu “ cherau .. “ dan ranting iaitu peristiwa dahan-dahan ranting yang jatuh lalu disambar oleh buaya-buaya disitu .

Semasa hayatnya, beliau telah dikurniakan dengan lima orang cahaya mata dan dari situ berkembanglah keturunan beliau serta bermulanya pembukaan tanah untuk penempatan di kampong ini . Perlahan-lahan , kampong ini didatangi oleh para perantau dan mengambil keputusan untuk terus menetap disini . Bermula dari itu , penempatan baru ini dinamakan kampung cherating dan ianya kekal sehingga ke hari ini dan menjadi kebanggaan para penduduk tempatan serta dikunjungi menjadi kebanggaan penduduk tempatan dan dikagumi keindahan semulajadinya oleh para pelancong seluruh dunia .

Sumber : portfolio kg cherating (jkkk kg cherating)