PASAR MALAM KG CHERATING
Pasar Malam merupakan tempat untuk penduduk tempatan membeli keperluan harian selain daripada membeli belah di Pasaraya. Di Kg Cherating dan Kampung yang berdekatan dengan Cherating juga terdapat Pasar Malam yang di adakan mengikut jadual dan tempat.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa beza Pasar Tani dan Pasar Malam? Kalau ikutkan sekarang ini Pasar Malam dan Pasar tani tidak banyak bezanya kerana dua-dua menjual hasil produk tempatan seperti sayur-sayuran, hasil laut segar, daging dan ayam juga buah-buahan cuma Pasar malam lebih besar kerana selain daripada produk tempatan terdapat juga peniaga-peniaga yang menjual pakaian, kasut, beg tangan, ubat-ubat tradisional dan moden, kosmetik dan juga aksesori telefon. Selain itu juga makanan tempatan yang pelbagai jenis menjadi salah satu tarikan kerana rasanya yang sedap dan murah.
Di bawah merupakan jadual Pasar Malam beroperasi:
BIL |
NAMA |
LOKASI |
HARI |
WAKTU |
1 |
PASAR MALAM KG CHERATING |
TEPI MASJID KHARIAH KG CHERATING |
Sabtu |
4 ptg- 10 mlm |
2 |
PASAR MALAM KG SG ULAR |
DEPAN SEK SG ULAR |
khamis |
4.00 ptg – 10 mlm |