BELAJAR MENAIP , MEMBUAT POSTER , DAN

MENGGUNAKAN INTERNET

NAMA

MOHD ZAFRAN FAKRI  

UMUR

13 TAHUN

TAHUN MENJADI AHLI PI

JUN 2018 

 

Latar belakang


Mohd Zafran Fakri merupakan pelajar Sekolah Menengah Sungai Baging . Beliau merupakan anak ke 3 dari 4 beradik . Beliau sering ke Pusat Internet untuk belajar menggunakan komputer dan mencari contoh-contoh soalan peperiksaan dan mengikuti kelas-kelas yang disediakan oleh petugas Pusat Internet Kg Cherating . Beliau seorang yang mudah belajar dan amat berminat dalam membuat poster online .

 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum penglibatannya di Pusat Internet, Adik Zafran  tidak mempunyai asas pengetahuan komputer dan Internet. Adik Zafran tidak pandai untuk mencari soalan peperiksaan menggunakan internet dan tidak mahir untuk menaip dengan cara yang betul. Selain itu ,beliau juga tidak reti untuk mencipta poster online . 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah melalui beberapa kelas dan latihan ICT di Pusat Internet Kg cherating , adik Zafran sudah mahir untuk menaip dengan cara yang betul dan amat meminati kelas membuat poster .