Latar belakang

Pn Fauziah  merupakan setiausaha JKKK Kg Cherating . Beliau sangat aktif dalam pelbagai persatuan yang ada di Kg Cherating  dan memegang beberapa jawatan penting dalam setiap persatuan.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum penglibatannya di Pusat Internet, Pn Fauziah memerlukan perkhidmatan orang luar atau petugas Pusat Internet untuk membuat kertas kerja atau membuat minit mesyuarat yang di tugaskan kepada beliau. Pada permulaan beliau hadir ke Pusat Internet, beliau sangat kekok untuk menggunakan tetikus dan papan kekunci. Beliau merasa takut untuk menggunakan kerana risau akan merosakkannya jika tersalah guna.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah melalui beberapa kelas dan latihan ICT di Pusat Internet Kg Cherating, Pn Fauziah telah menunjukkan peningkatan beliau menguasai perisian Microsoft Word di mana beliau boleh menghasilkan setiap tugas beliau dengan sendiri tanpa memerlukan pertolongan dari sesiapa. Perasaan takut beliau untuk menggunakan perkakasan komputer dapat di atasi dengan tunjuk ajar petugas. Kini beliau lebih yakin untuk menggunakannya tanpa was-was.