Latar belakang

Akif Haikal  pengetahuannya berkaitan bidang ICT masih di peringkat awal. Adik Akif mula mengikuti kelas literasi komputer di Pusat Internet Kg Cherating sejak bulan Ogos 2018 yang lalu.

 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum menghadiri kelas ICT di Pusat Internet, adikAkif hanya pandai menggunakan aplikasi Youtube dan permainan game di telefon pintar sahaja. Adik Akif juga menghabiskan masa lapangnya dengan bermain di taman permainan. Adik Akif  tidak mempunyai pengetahuan asas tentang penggunaan komputer dan kurang mahir untuk menggunakan papan kekunci.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sejak mengikuti kelas ICT di Pusat Internet Komuniti Kg Cherating adik Akif sudah mahir menggunakan komputer. Kini adik Akif sudah boleh membuat slide di Powerpoint tanpa pemantauan yang berterusan oleh petugas. Adik Akif  juga sudah mahir menaip menggunakan papan kekunci. Selain daripada belajar berkaitan asas Microsoft Office dan asas komputer, Akif  juga mengulangkaji pelajaran di Pusat Internet dengan melayari laman web pembelajaran.