NAMA 

NIK SALBIAH BIN NIK ABDUL RAHMAN 

UMUR

44 TAHUN

AHLI 

2018

 

Latar Belakang

Puan Nik Salbiah  merupakan anak jati Kampung Baru Cherating  berusia 44 tahun. Menguruskan produk jualan Cincau Viral . 

 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum adanya Pusat Internet, Puan Nik Salbiah hanya mempromosikan jualan Cincau Viral nya di rumah dan di pasar malam sahaja . 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menjadi Ahli Pusat Internet , Puan Nik Salbiah mempelajari pelbagai aktiviti dan latihan seperti cara edit gambar dan membuat poster cincau viral . Selain itu , juga Puan Nik Salbiah  mempelajari cara membuat akaun facebook untuk mempromosikan jualan cincau viral dan membantu menaikkan lagi  hasil jualan beliau . 

 

 

NAMA 

WAN MOHAMAD RUHIL IRWAN BIN

WAN MOHD MALIKI 

UMUR

14 TAHUN

AHLI 

2018

Latar Belakang

Ruhil Irwan  merupakan Ahli Pusat Internet yang berusia 14 tahun, dan merupakan pelajar Sekolah menengah Kebangsaan Sungai Baging Beliau merupakan anak jati Kg Cherating . 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT,Ruhil  Irwan menghabiskan masa cuti dengan hanya duduk dirumah dengan menonton televisyen sahaja dan keluar bermain dengan kawan-kawan pada waktu petang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beberapa bulan mengikuti latihan-latihan yang Pusat Internet anjurkan, Ruhil  sering berkunjung ke Pusat Internet untuk mengakses internet dan menghadiri kelas yang dianjuran oleh Pusat Internet. Selain itu , Ruhil juga sudah pandai untuk mengakses laman web sekolah, kuiz- kuiz sedia ada, serta sudah mahir membuat akaun laman social selepas mengikuti kelas. Selain itu juga,Ruhil sangat meminati kelas multimedia yang dianjurkan oleh Pusat Internet, beliau gemar untuk mengedit gambar , membuat poster ,dan lain lain .

 

  

BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Zakaria @ Lokman Bin Othman
Umur : 68 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

En. Zakaria adalah pengunjung yang sering berkunjung ke pejabat daerah bagi urusan tertentu. Beliau yang sering kali sibuk dengan urusan lain mengurangkan beliau daripada aktiviti berkaitan ICT. Namun, beliau mempunyai banyak waktu terluang di pejabat apabila berurusan di pejabat ini. Pada waktu tersebut beliau dijemput ke Mini PI1M KCC bagi mendekati pengetahuan ICT yang terdapat di PI1M.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum penglibatannya di PI1M, En. Zakaria tidak mempunyai email peribadi, tidak cekap menaip dan tidak mampu untuk mencetak/menggunakan mesin pencetak. Sebarang borang pembiayaan atau dokumen yang diperlukan di atas talian dibantu dan dicetak oleh petugas PI1M. Beliau juga tidak mampu untuk menaip dengan cekap selain tidak boleh menggunakan peralatan ICT seperti mesin pencetak tanpa bantuan petugas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Petugas telah memberi panduan kepada peserta mengenai teknik asas menggunakan teknologi email, perisian seperti Microsoft Word dan mencetak dengan menggunakan mesin mencetak di PI1M. Setelah melalui beberapa latihan dan bengkel ICT di PI1MEn. Zakaria telah dapat mahir menaip dengan cekap. Beliau kemudian mencetak dokumen tersebut tanpa bantuan petugas PI1M.

 


 

USAHAWAN KECIL HARTANAH

Nama : Hairunnisah Binti Ibrahim
Umur : 63 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Hairunnisah usahawan kecil hartanah di daerah Kemaman.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Puan Hairunniasah merupankan usahawan kecil yang mempunyai beberapa aset disekitar daerah Kemaman seperti rumah dan bangunan kedai. Kebiasaannya, beliau hanya mengiklankan aset yang perlu dijual/disewa melalui risalah dan lain-lain pengiklanan kovensional. Kaedah ini kurang relevan dengan pasaran semasa.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sedar akan kaedah pemasaran semasa, beliau ke Pi1M KCC bagi mempelajari teknik pamasaran yang terkini, iaitu pemasaran/pengiklanan diatas talian. Terdapat banyak medium pemasaran yang dipelajari oleh beliau seperti, pengiklanan melalui media sosial dan sesawang e-commerce. Rata-rata pelanggan berpotensinya merujuk medium-medium tersebut bagi memenuhi keperluan mereka. Kini pengiklannya mendapat perhatian tinggi dan kos pengeluaran bagi pengiklanan dapat dikurangkan dengan drastik. Hasil dari latihan usahawan yang dijalankan di Pi1M KCC, beliau mampu menghasilkan iklan secara diatas talian walaupun diketegori warga emas.

Walaupun telah menguasai banyak pengetahuan ICT, Puan Hairunnisah tetap berkunjung ke mini Pi1M KCC bagi mendalami lebih banyak pengetahuan ICT yang luas. Selain dari kelas yang disediakan, beliau juga memerlukan kelengkapan ICT yang lain seperti komputer yang bersesuaian, internet berkelajuan tinggi dan mesin pencetakan bagi menyiapkan urusannya yang lain dipejabat daerah Kemaman.