Encik Abdul Hayu bersama isteri
Puan Amalia binti Abdul Hayu merupakan Usahawan Muda yang berumur 28 Tahun , yang mengusahakan Pembuatan Batik Exclusive di Kg Cherating Lama, Kuantan Pahang bersama Ayahnya Encik Abdul Hayu , merupakan pelukis batik tersohor di Kampung Cherating sejak 30 tahun dahulu . Beliau menghasilkan batik sutera yang cantik dan tersangat "limited" . Ini kerana setiap batik yang dihasilkan beliau hanyalah satu corak untuk satu design sahaja . Puan Amalia merupakan anak Sulong dari 4 beradik . Peniagaan batik ini telah diambil alih oleh Puan Amalia dan dibantu oleh Encik Abdul Hayu sekeluarga .
Selain itu , Amaleea.Exclusive juga membuat perusahaan Batik Tie.Dye yang menjadi "Trend" bagi penduduk setempat dan pelancong yang berkunjung ke Cherating. Batik TieDye ini boleh dibuat mengikut kemahuan pelanggan . Mereka boleh "request " warna yang mereka mahu dan sedondon bersama orang yang tersayang. Amalia juga membuat kelas untuk mencanting batik di kedai beliau .
UNTUK TEMPAHAN BAJU/KAIN SUTERA/BAJU TIE DYE
BOLEH HUBUNGI
PUAN AMALIA : 019 3718 765
@ FOLLOW INTAGRAM
PASAR MALAM KG CHERATING
Pasar Malam merupakan tempat untuk penduduk tempatan membeli keperluan harian selain daripada membeli belah di Pasaraya. Di Kg Cherating dan Kampung yang berdekatan dengan Cherating juga terdapat Pasar Malam yang di adakan mengikut jadual dan tempat.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa beza Pasar Tani dan Pasar Malam? Kalau ikutkan sekarang ini Pasar Malam dan Pasar tani tidak banyak bezanya kerana dua-dua menjual hasil produk tempatan seperti sayur-sayuran, hasil laut segar, daging dan ayam juga buah-buahan cuma Pasar malam lebih besar kerana selain daripada produk tempatan terdapat juga peniaga-peniaga yang menjual pakaian, kasut, beg tangan, ubat-ubat tradisional dan moden, kosmetik dan juga aksesori telefon. Selain itu juga makanan tempatan yang pelbagai jenis menjadi salah satu tarikan kerana rasanya yang sedap dan murah.
Di bawah merupakan jadual Pasar Malam beroperasi:
BIL |
NAMA |
LOKASI |
HARI |
WAKTU |
1 |
PASAR MALAM KG CHERATING |
TEPI MASJID KHARIAH KG CHERATING |
Sabtu |
4 ptg- 10 mlm |
2 |
PASAR MALAM KG SG ULAR |
DEPAN SEK SG ULAR |
khamis |
4.00 ptg – 10 mlm |
PENGUSAHA TIANG BATU
Jika berkunjung ke Kampung Parit Mahang, pengunjung pastinya tertarik untuk melihat keunikan seni bina tiang batu yang diusahakan oleh Azmi bin Jalal. Beliau telah memulakan perniagaan ini kira-kira 8 tahun yang lalu bermodalkan kira-kira RM20,000.
Perusahaan tiang batu yang diusahakannya mendapat permintaan yang baik daripada mereka yang hendak membina atau mengubahsuai rumah. Untuk menghasilkan tiang batu, proses dimulakan dengan membancuh simen terlebih dahulu. Kemudian diikuti dengan proses memasukkan bahan bancuhan simen kedalam acuan yang disediakan. Setelah kering, acuannya dibuka dan dikeringkan selama 3 hari sebelum boleh dipasarkan.
Selain tiang batu, beliau turut membuat batu botol dan batu angin. Antara peralatan yang digunakan seperti mesin pembancuh simen, mesin angin, welding set, vibrator, tiang-tiang batudan nbsp yang telah siap kebiasaannya dijual dengan harga sekitar RM85 hingga RM95 mengikut ketinggian, saiz dan berat. Sambutan terhadap tiang batu, batu botol dan batu angin yang dihasilkannya amat menggalakkan dan berjaya dipasarkan sehingga ke Tanjung Malim dan Sabak Bernam.
Hasil kerja keras, beliau mampu memperolehi pendapatan kasar sehingga RM15,000 sebulan.
Syarikat D Zann Rich Enterprise yang diasaskan oleh Encik Dzahruzin Azarin Bin Abdul Jalil bersama Pengurus Puan Nurul Nadia Binti Iskandar - mula berniaga secara kecil-kecilan dengan hanya menjual ‘kepak ayam madu’. sebelum bermulanya Royal Grill Chicken (RGC). Beliau menyewa tapak di Cendol Bakar Drive Thru, Kuala Selangor, jualan hujung minggu mencecah 500 ketul kepak ayam madu sehari. Sasaran untuk memiliki 30 kiosk yang berkualiti di bawah jenama Royal Grill Chicken (RGC) pada 2015.
Halaman 2 dari 2